Posted on

ED bukan sebab usia meningkat

Foto

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD

Disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk kini antara masalah berkaitan seks paling umum di Malaysia dan dialami kira-kira 16 hingga 47 peratus lelaki di Malaysia.

Keadaan ini semakin ditakrifkan sebagai masalah perubatan serius yang memerlukan perhatian dan rawatan segera. Walaupun punca asas ED mula muncul seiring peningkatan usia, ED sebenarnya bukan disebabkan masalah penuaan semata-mata.

Baru-baru ini, satu tinjauan kaji selidik dinamakan The H4rd Poll membabitkan lelaki dan wanita Malaysia berusia 25 hingga 44 tahun mendapati, ED dan ereksi suboptimum atau kurang tegar menjadi kelaziman dalam kalangan lelaki muda berusia 20 tahun, dengan punca utama masalah itu dikaitkan dengan gaya hidup tekanan tinggi, keadaan fizikal kurang baik dan aktiviti lewat malam.

Ini bermakna ada keperluan segera untuk melaksanakan inisiatif menangani kejadian ED yang semakin meningkat dalam kalangan lelaki muda.

Kempen Get H4rd adalah sebahagian daripada usaha pendidikan terbaru Pfizer Malaysia mengenai kesihatan lelaki demi mewujudkan kesedaran bahawa ED dan ereksi suboptimum adalah masalah kesihatan yang semakin dialami lelaki berusia 30-an disebabkan amalan gaya hidup moden.

Kempen ini menyeru golongan lelaki supaya prihatin mengenai kesihatan seks mereka dan mendapatkan rawatan sewajarnya bukan semata-mata untuk kepuasan seks tetapi sebagai pendekatan menyeluruh bagi meningkatkan kesihatan jasmani.

Ini kerana ED lazimnya adalah petanda bagi penyakit gaya hidup lain, termasuk kencing manis, sakit jantung dan hipertensi.

Pakar Perunding Urologi Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Prof Dr George Lee berkata, The H4rd Poll ialah tinjauan kaji selidik bagi menilai persepsi generasi muda, lelaki dan juga wanita mengenai isu berkaitan kehidupan seks masing-masing, termasuk meninjau kesedaran mengenai ED dan ereksi kurang suboptimum dan sikap mereka terhadap rawatan.

Hasil tinjauan kaji selidik itu mengejutkan dan membolehkan bantuan lebih khusus diberi kepada orang ramai bagi menangani masalah kebimbangan mereka mengenai isu ini, katanya ketika ditemui di Restoran Busaba, Bangsar, baru-baru ini.

ED ditakrifkan sebagai kegagalan mencapai atau mengekalkan ereksi yang cukup tegang untuk hubungan seks. Ia juga bermaksud ketidakupayaan penuh untuk mencapai ereksi, keupayaan tidak konsisten untuk berbuat demikian, zakar kurang tegang atau kecenderungan mencapai ereksi buat seketika saja.

Meskipun masalah ini lebih lazim dalam kalangan generasi muda, 47 peratus daripada responden tinjau selidik mendapati, mereka kurang mengetahui masalah ini dan kesannya terhadap kesihatan dan hubungan intim mereka.

Kempen Get H4rd menggalakkan mereka mula berbincang demi mewujudkan kesedaran mengenai penyakit dan menekankan betapa pentingnya mendapatkan rawatan.

Pun begitu, mendapatkan rawatan bukan bermakna merujuk kepada sumber sampingan seperti Internet atau penjual ubat di tepi jalan bagi mengelak rundingan perubatan disebabkan rasa malu.

Golongan lelaki perlu berbincang dengan penyedia khidmat penjagaan kesihatan mereka untuk mendapatkan ubat sewajarnya.

Tunggak rawatan ED ialah perencat PDE-5 dan walaupun banyak laman web menawarkan rawatan ED, kebanyakannya dikendalikan pihak tidak bertanggungjawab.

Ada berita melaporkan penipuan oleh farmasi maya yang menawarkan ubat tiruan atau ubat tidak berkesan yang boleh memudaratkan.

Kebimbangan mengenai keselamatan dan kekurangan maklumat berkaitan risiko, penggunaan dan keberkesanan rawatan ED antara sebab utama diberi oleh 60 peratus responden lelaki tinjau selidik, seterusnya menyebabkan mereka enggan mendapatkan rawatan.

Turut hadir, Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Dr Peter Ng Eng Pin yang turut menyentuh mengenai langkah diambil lelaki untuk merawat masalah mereka.

Lelaki yang mengesyaki mereka mengalami ED dan ereksi suboptimum perlu mendapatkan nasihat doktor. Langkah pertama ialah menilai tahap masalah mereka dan selepas menentukan pelan rawatan terbaik, menjalani rawatan dengan perencat PDE-5 serta aktiviti menyihatkan akan membantu mereka kembali mencapai ereksi optimum.

Malangnya, di Asia, perbincangan mengenai ED dan kesihatan berkaitan seks masih dianggap subjek yang patut dijauhi penyedia khidmat penjagaan kesihatan kerana kesan sosial penyakit itu dan pandangan lelaki mengenai isu ini. Kekurangan perbincangan mengenai ED dan ereksi suboptimum perlu diberi perhatian bagi menggalakkan lebih ramai lelaki mendapatkan rawatan untuk masalah dialami, katanya.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Vicknesh Welluppillai berkata, rawatan ED ditemui 15 tahun lalu dan membuka lembaran baru dalam pengurusan penyakit ini.

Pfizer berbangga memainkan peranan dalam kemajuan perubatan ini dan beriltizam mewujudkan kesedaran serta mendidik mengenai penyakit ini.

Namun, setakat ini golongan lelaki masih was-was dan malu untuk membincangkan isu ini dengan doktor, meskipun ia menjejaskan kualiti hidup mereka.

Mereka terus menderita dalam diam dan tindakan itu menjejaskan kesihatan secara keseluruhan, katanya.

Vicknesh berkata, pihaknya menganjurkan kempen kesedaran berterusan bagi mengetepikan halangan komunikasi bagi lelaki. Isu ED kini semakin serius, terutama dengan peningkatan masalah ini dalam kalangan lelaki muda.

Berdasarkan kajian dan penyelidikan dijalankan baru-baru ini, kita perlu terus berganding bahu dengan penyedia khidmat penjagaan kesihatan untuk menangani masalah ini, katanya.

Menerusi pendidikan sewajarnya serta usaha mengubah tanggapan mengenai ED daripada sejenis penyakit orang tua kepada penyakit gaya hidup, golongan lelaki akan lebih terbuka untuk menerima dan mendapatkan rawatan, seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Rumusannya, lebih tegar ereksi, lebih sihat lelaki. Justeru, sedarilah kepentingan ereksi yang tegar dalam hidup dan kaitannya dengan kehidupan sihat.

Posted on

Fungsi DHA tingkatkan otak bayi

Foto

Sangat penting memberi pendedahan kepada kanak-kanak pelbagai bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum. Pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi juga perlu dalam memaksimumkan perkembangan otak kanak-kanak bermula dari tahun awal.

Asid Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang baik walaupun di kalangan orang dewasa.

Fungsi DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik.

Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA mencukupi dan bersama nutrien otak lain yang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius. Visual penglihatan lebih tajam untuk pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi mendorong keupayaan lebih baik dalam pembelajaran dan ingatan.

Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran bahasa lebih pantas satu asas penting untuk pendidikan masa depan.

Menurut Pengarah Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch, Amerika Syarikat, Profesor Dr John Colombo, otak manusia mengandungi hampir 60 peratus lemak dan asid lemak antara molekul paling penting yang menentukan kemampuan dan kebolehan otak untuk berfungsi.

DHA adalah asid lemak politaktepu (PUFA) yang penting. DHA juga asid lemak omega-3 paling banyak di dalam otak dan retina merangkumi 40 peratus PUFA di dalam otak dan 60 peratus PUFA dalam retina. Manakala 50 peratus daripada berat membran plasma neuron adalah DHA.

Sebagai satu komponen struktur bagi sistem saraf utama, DHA berfungsi meningkatkan keutuhan membran neuron dan transmisi isyarat selepas rangsangan. Selain berperanan penting dalam pembentukan struktur otak, DHA terbabit dalam biosintesis neurotransmitter (catecholamines).

Kuantiti DHA tertinggi boleh diperoleh dalam bahagian kawalan motor otak yang memainkan peranan utama dalam memori, perkembangan sosial dan kelakuan, katanya.

Beliau yang juga tenaga pengajar di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat ditemui di ibu negara sempena Ekspo Minda anjuran Mead Johnson Nurtition (M) Sdn Bhd pada 1 hingga 4 November lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Katanya, 80 peratus daripada pertumbuhan dan perkembangan otak berlaku dalam 1,365 hari pertama dalam hidup iaitu bermula dari dalam rahim ibu sehingga usia tiga tahun.

Hasil kajian yang meyakinkan menunjukkan hubungan DHA dengan perkembangan cerebral yang cepat ketika dalam kandungan sehingga usia beberapa tahun selepas lahir.

Kajian saintifik menunjukkan DHA adalah komponen penting untuk menggalakkan pembentukan otak, di mana penglihatan visual dan perkembangan mental nampaknya bertambah baik dengan pengambilan makanan tambahan DHA.

Perpindahan DHA daripada darah ibu ke dalam uri adalah paling laju berbanding asid lemak lain. Justeru, kadar DHA bayi dua kali lebih tinggi daripada si ibu.

Jika kadar DHA ibu adalah rendah, DHA boleh juga diperoleh daripada punca paling banyak dalam badan ibu iaitu otak, katanya. Pertumbuhan otak paling cepat berlaku dalam tahun pertama bayi apabila otak bayi membesar tiga kali ganda saiz asal pada usianya masuk satu tahun. DHA merangkumi 10 hingga 15 peratus berat cerebral cortex seorang bayi.

Bagi bayi yang membesar, kadar DHA lebih tinggi sangat diperlukan untuk pembesaran sel neuron berbanding struktur otak lain. Komposisi membran dalam sel neuron sentiasa mengalami proses pembinaan dan boleh berubah secara drastik jika wujud perubahan dalam pemakanan.

Ini terbukti apabila asid lemak yang lain mendatar ketika kelahiran, tahap DHA pula berkembang dua kali ganda, terutama ketika tempoh pertumbuhan pesat set saraf iaitu sewaktu pertumbuhan pesat otak. DHA tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan, katanya.

Beliau bekerjasama dengan rakan setugas, Dr Susan Carlson dan Dr Kathleen Gustafson, masing-masing pakar dalam bidang nutrisi dan diet serta pakar neurologi di Universiti Kansas, bagi menyelidik kesan pemakanan tambahan rangkaian panjang asid lemak politaktepu (LCPUFA) selepas lahir dan kajian itu dinamakan DIAMOND bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai kesan DHA dalam perkembangan kognitif dan intelektual.

Katanya, kajian klinikal DIAMOND ke atas nutrien pemakanan tambahan DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak pada peringkat selepas lahir menunjukkan kesan positif jangka panjang ke atas perkembangan kanak-kanak.

Kami mengadakan ujian klinikal double-blinded secara rambang dan terkawal yang direka untuk mengkaji tindak balas dos DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak. Sebanyak 343 kanak-kanak diberikan empat formula mengandungi jumlah nutrien sama kecuali kandungan PUFA. Semua empat formula ditambahkan DHA juga diberikan asid arachidonic (ARA) sebanyak 0.64 peratus.

Kumpulan yang dikawal menerima DHA sebanyak sifar peratus dalam formula mereka, satu menerima DHA 0.32 peratus, satu lagi menerima DHA 0.64 peratus dan yang keempat menerima DHA 0.96 peratus, katanya. Dr Colombo berkata, kajian itu mengukur tahap ketajaman penglihatan Visual Evoked Potential (VEP) dengan mengukur corak gelombang otak yang terbentuk oleh stimuli penglihatan yang dipaparkan dengan laju.

Corak itu menjadi lebih jelas sehingga gelombang otak yang dicetuskan menghilang dan ini dianggap sebagai titik akhir penentuan ketajaman tahap penglihatan. Kajian klinikal DIAMOND mendapati kanak-kanak yang diberi formula tidak mengandungi DHA mencapai tahap potensi ketajaman penglihatan lebih rendah dalam tempoh 12 bulan berbanding kanak-kanak yang menerima formula tambahan DHA.

Bagaimanapun, tiada kesan perbezaan ketara pada ketajaman penglihatan di antara tiga kelompok responden dengan sukatan tambahan DHA berbeza dan dengan kadar DHA 0.32 peratus secara umumnya mencukupi untuk memberi kesan positif. Ini mungkin disebabkan kedua-dua DHA dan ARA bersaing untuk enzim sama, katanya.

Dalam fasa kedua kajian ini, kelompok kanak-kanak sama diuji dengan beberapa ujian kepintaran ke atas kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun. Kanak-kanak menerima pemakanan tambahan DHA menunjukkan perkembangan cepat untuk aktiviti terperinci, termasuk diskriminasi corak, peraturan pembelajaran dan perencatan di antara usia tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menunjukkan prestasi lebih baik dalam dua ujian piawaian kepintaran yang digunakan secara meluas iaitu Ujian vokabulari Gambar Peabody pada usia lima tahun dan Skala Bijaksana Pra Sekolah Weschler pada usia enam tahun mengatasi kumpulan kawalan dalam semua bahagian darjah kecerdasan (IQ), katanya.

Ketika lahir, otak berkembang sebanyak 100 billion neuron. Neuron pada ketika ini masih tidak matang dan kebanyakannya belum berhubung antara satu sama lain.
Tidak lama selepas kelahiran, otak bayi baru lahir mula membentuk trilion hubungan dan jaringan antara neuron dalam bilangan mega.

Trilion dipanggil synapses sangat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan penglihatan, pendengaran, deria hidu, pembelajaran pada tahap lebih tinggi. Synapses dibentuk oleh setiap neuron yang mempunyai serat berbentuk sesungut panjang dipanggil axon yang digunakan untuk menghantar mesej kepada neuron lain.

Mesej dihantar sebagai isyarat elektrik dan diterima beribu-ribu serat pendek berbentuk seperti rambut dipanggil dendrites yang juga dikeluarkan oleh neuron. Walaupun proses perkembangan otak bermula dengan gen, pemupukan perkembangan iaitu apa dialami kanak-kanak sekarang akan mengambil alih proses ini.

Pengalaman ini mencetuskan aktiviti elektrik yang membolehkan otak mengembangkan hubungan dan membesar, katanya. Semakin banyak stimulasi atau rangsangan diterima oleh otak dalam pengalaman ini semakin banyak neuron akan berhubung, justeru membolehkan pembelajaran lebih baik dan meningkatkan kepintaran.

Pengalaman berulang kali akan membantu membina hubungan kekal di dalam otak. Mencecah usia lapan bulan, bayi normal dan dibesarkan dalam suasana persekitaran yang mempunyai stimulasi, selamat dan penuh kasih sayang akan mencetuskan 500 trilion hubungan.

Ketika mencecah usia dua tahun, seorang bayi akan mempunyai 1,000 trillion hubungan. Walaupun hubungan ini terus terbentuk sepanjang hayat, mereka mencapai kepadatan paling tinggi iaitu 15,000 synapses untuk satu neuron.

Struktur akar otak yang menyediakan asas untuk fungsi di masa depan, sebahagian besarnya siap dibentuk apabila berusia tiga tahun. Apabila tiba masa itu, asas untuk pemikiran, bahasa, kebolehan dan perlakuan dibentuk dan struktur dan bentuk otak mencapai 80 peratus sempurna, katanya.

Oleh ZAITIE SATIBI

Posted on

Virus H7N9 tiada vaksin

Virus H7N9 tiada vaksin

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD

Selepas wabak influenza A (H1N1) menyerang dunia, kita digemparkan dengan wabak baru yang juga dikategorikan sebagai selesema burung, H7N9.

Virus H7N9 ialah salah satu daripada jenis virus influenza atau selesema burung. Ia adalah daripada sub kumpulan selesema burung jenis H7.

Dalam sub kumpulan H7 ini, terdapat beberapa lagi jenis selesema burung seperti H7N2, H7N3 dan H7N7. Jenis selesema burung ini jarang sekali membabitkan manusia kerana biasa merebak dalam kalangan unggas saja.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) walaupun sesetengah virus H7 (H7N2, H7N3 dan H7N7) kadangkala ditemui menjangkiti manusia tetapi tiada laporan mengatakan berlakunya jangkitan virus H7N9 daripada burung ke manusia sehinggalah timbulnya kes di China.

PAKAI topeng bila berada di persekitaran yang tercemar dengan virus H7N9.

Pakar Kesihatan Awam Hospital Columbia Asia, Dr Hanafiah Bashirun berkata, virus H7N9 tidak pernah menjangkiti manusia sehingga berlaku kes pertama dilaporkan pada penghujung Februari di Shanghai, China.

Ini kerana virus ini hanya berjangkit sesama burung atau unggas saja. Selepas beberapa hari uji kaji makmal dilakukan terhadap pesakit yang meninggal akibat virus berkenaan, barulah virus H7N9 ini dapat disahkan.

Virus influenza H7N9 tidak sama dengan H1N1. Jika disebut H7, bermakna biasanya virus itu datang daripada unggas atau burung. Namun apa yang penting untuk diketahui ialah virus influenza cukup suka dan mudah mengalami mutasi dan menghasilkan ahli (jenis virus) baru dalam keluarga influenza, katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, terdapat perbezaan antara virus influenza H1NI dengan H7N9 iaitu. Perbezaan di antara wabak ini ialah kebanyakan kes berpunca daripada khinzir.

Sebab itu ia dikenali sebagai selesema khinzir atau selesema babi. Virus H1N1 adalah daripada kumpulan influenza A dan dari sub kumpulan H1. Virus ini menjangkiti manusia melalui khinzir yang menghidap selesema dan bukannya daripada daging khinzir yang dimasak.

Virus ini sangat bahaya. Ini kerana simptomnya bermula dengan demam selesema biasa tetapi ia boleh menyebabkan keadaan pesakit menjadi kronik secara tiba-tiba. Kebanyakan kes yang kronik disebabkan jangkitan paru-paru dipanggil pneumonia, katanya.

Virus H7N9 mulai jangkiti pesakit luar China

Setakat 23 April 2013, terdapat 103 kes disahkan menghidap virus H7N9 dan kes terbaru membabitkan pesakit luar tanah besar China. Pesakit berkenaan baru saja pulang daripada lawatan ke tanah besar.

Sebelum ini, kes yang dikenalpasti hanya membabitkan pesakit di kawasan berkenaan terutamanya di China timur. Daripada semua kes, 22 kematian dilaporkan berpunca daripada virus itu. Ini bermakna peratusan kematian ialah 20 peratus dan ia memberi amaran peratusan berkenaan tinggi selain bahaya.

Seperti kes selesema khinzir sebelum ini, golongan yang berisiko ialah kanak-kanak, warga emas dan ibu mengandung. Ini adalah berkemungkinan faktor pertahanan badan. Namun ada juga beberapa kes membabitkan orang dewasa dan juga kes kematian golongan itu.

Buat masa ini, tiada vaksin khusus untuk menghindar daripada terkena jangkitan virus H7N9, tidak seperti selesema khinzir. Berita baiknya ialah, kebanyakan pesakit memberi tindak balas yang baik dengan rawatan antivirus yang sama diberikan ketika selesema khinzir dulu.

Beberapa langkah kawalan telah dilakukan oleh pegawai kesihatan di tanah besar China untuk mengelakkan virus ini tersebar meluas ke seluruh dunia. Burung yang berpotensi menyebarkan penyakit telah dibunuh dan kawasan perniagaan unggas ditutup.

Keluarga terdekat pesakit dipantau supaya penyakit dapat ditangani secepat mungkin. Langkah asas yang kita dapat lakukan ialah selalu membasuh tangan dan menutup mulut ketika bersin serta demam, selsema yang perlu dijadikan amalan.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil

  • Sentiasa jaga kebersihan tangan – menjaga kebersihan tangan sepatutnya menjadi amalan seharian kita, tidak kira ada penularan penyakit atau tidak. Bawa cecair pembunuh kuman beralkohol untuk digunakan terutama jika berada di tempat yang sukar mendapat air bersih.
  • Sentiasa bawa penutup hidung dan mulut, tisu atau sapu tangan ke mana saja anda pergi.
  • Cuba untuk tidak berada di tempat yang sesak walaupun penularan virus daripada manusia ke manusia.
  • Jika perlu berada di tempat yang ramai orang, pakai penutup hidung dan mulut.
  • Jika anda batuk dan perlu keluar, pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menyebarkan virus yang ada pada anda kepada orang lain.
Posted on

Pengedar Gambir Emas Kuala Lumpur & Selangor

Mencari produk Gambir Emas yang asli di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor?

Kami ada jawapannya. Terus order melalui laman web ini dan terima harga promosi, terhad kepada 100 pelanggan terawal sahaja.

Hantarkan kod “GE100” ke 0173962986 untuk harga promosi. Ya, harga promosi untuk anda!

Jika anda mencari produk yang boleh membantu melewatkan pancutan awal, GAMBIR EMAS inilah jawapannya! Dari respond pengguna yang telah mencuba, rata-rata feedback yang diberikan, mereka mampu bertahan antara 20 minit hingga 60 minit.

Gambir emas ini tidak panas, tidak melekit, tidak berlendir, tidak menyebabkan pasangan berasa kebas seperti mana anda guna gambir sarawak atau magic tisu.

Anda akan merasa hangat dan gel Gambir Emas ini membantu melancarkan perjalanan darah anda! Yang paling menakjubkan mereka yang jenis pancut awal bakal mampu bertahan antara 20 minit – 60 minit!

Gambir Emas diformulasikan daripada bahan-bahan terbaik dan terpilih seperti:

  • Gambir,
  • Papermint,
  • Spearmint,
  • Aloe Vera,
  • Sandalwood,
  • Jojoba Oil dan
  • Virgin Coconut Oil

Hantarkan kod “GE100” ke 0173962986 untuk harga promosi. Ya, harga promosi untuk anda!

Posted on

Soaljawab: Stres dan kanser

ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Saya selalu mendengar sesi temubual Tuan Haji melalui program Melayu di Radio SBS (Special Broadcasting Services). Dalam program minggu lalu, Tuan Haji ada menceritakan berkenaan perubatan al-Quran dalam merawati penyakit kanser dan saya tertarik dengan kenyataan Tuan Haji bagaimana stress salah satu penyebab kanser. Saya mengidap kanser paru-paru, tahap empat, sejak tiga tahun lepas. Saya telah menjalani kimoterapi sebanyak 18 kali. Bolehkah Tuan Haji terangkan bagaimana seseorang itu boleh mendapat kanser? Saya ingin tahu apa kaitan antara stres dengan kanser. Apa ayat yang boleh saya amal untuk mengurangkan stress dan juga mengubati penyakit kanser saya. Terima kasih.

*   Puan Lily, Sydney, Australia

Jawapan:

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT dengan keizinan-Nya, saya dapat menyebarkan mukjizat al-Quran kepada penduduk Islam di Australia, melalui program Melayu di Radio SBS setiap Rabu petang. Program ini khas untuk masyarakat Melayu di Australia. Program wawancara ini dikendalikan oleh pengacara dan juga penerbitnya, Zaini Ahmad dari ibu pejabat stesen Radio SBS di Melbourne, Australia.

Seminggu sekali Zaini akan menemubual saya secara lintas lansung melalui telefon dari Melbourne dalam isu berkaitan perubatan Islam. Ada masanya pendengar sendiri menelefon melalui program ini dan mengemukakan soalan kepada saya. Mereka yang menelefon bukan sahaja masyarakat Melayu menetap di Melbourne atau Sydney, malah dari seluruh Australia. Soalan yang dikemukakan selalunya mengenai gangguan seperti saka dan sihir. Kesimpulannya gangguan bukan sahaja berleluasa di Malaysia tetapi ia popular di Australia.

Merujuk kembali kepada SMS yang saya terima dari Puan Lily, dengan rezeki Allah beri, saya dijemput oleh Puan Lily untuk datang ke Sydney pada hari Ahad lalu untuk membuat rawatan. Tiba di Sydney, cuaca sangat sejuk sebab musim sejuk di benua selatan. Walaupun sudah banyak kali saya ke Sydney atas urusan kerja semasa saya bertugas dengan Syarikat Shell dan dengan badan berkanun Suruhanjaya Sekuriti dahulu, ini kali pertama saya ke sana atas undangan pesakit. Ramai masyarakat Melayu di Sydney yang terdiri daripada pelajar dan penduduk yang berhijrah.

Saya tidak berhenti bersyukur kepada Illahi atas undangan yang Allah beri. Kali ini saya datang bukan atas urusan duniawi tetapi untuk berdakwah berkenaan mukjizat al-Quran dalam aspek perubatan dan menolong merawat pesakit Islam di benua Down Under. Sesungguhnya menyampaikan mukjizat al-Quran adalah satu bentuk dakwah, hukumnya fardu kifayah. Dari Abdullah bin Amr r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sampaikan dari ku walau hanya satu ayat“. (Hadith Riwayat Bukhari)

Berbalik kepada penyakit yang dihadapi Puan Lily, beliau menghadapi sejenis penyakit kanser paru-paru – Non Small Cell Lung Cancer. Terdapat ketumbuhan sebesar 19 mm di sebelah kanan paru-parunya. Sakit kanser paru-paru jenis ini tidak menunjukkan simtom kanser paru-paru biasa seperti batuk perpanjangan, batuk berdarah, sesak nafas, sakit dada, cepat letih, hilang selera makan dan penurunan berat badan mendadak. Beliau mendapat tahu mengenai kanser ini apabila beliau merasa kelenjar pada leher bengkak. Selepas membuat pemeriksaan doktor dan imbas CT, didapati kanser itu telah merebak ke bahagian kelenjar pada dada sebelah kiri dan kanan.

Puan Lily telah menjalani proses kimoterapi sebanyak 20 kali di hospital Sydney bermula awal tahun 2011. Tetapi sel kanser dalam tubuh beliau tidak memberi tindak balas positif kepada kimoterapi walaupun doktor telah menukar ubat kimoterapi sebanyak empat kali. Malah sejak dua bulan lalu, sel kanser itu telah merebak ke bahagian tulang rusuk dan tulang belakang. Beliau sekarang sedang menjalani rawatan radioterapi untuk mengawal sel-sel kanser di bahagian tulang belakang daripada merebak ke tempat lain.

Ramai pesakit beranggapan proses kimoterapi dan radioterapi boleh menyembuhkan kanser. Anggapan ini tidak benar terutama jika tahap kanser sudah sampai tahap tiga dan empat. Dalam pengalaman saya mengubati kanser, ada pesakit kanser tahap satu, setelah menjalani proses pembedahan seperti mastectomy atau lumpectomy, dan selepas menjalani rawatan kimoterapi dan selang beberapa tahun, mereka mendapat relapse atau kanser berulang. Ini membuktikan proses kimoterapi dan radioterapi hanya boleh melambatkan sel kanser daripada merebak, dan bukan mematikannya.

Saya sering ditanya oleh pesakit kenapa mereka dapat kanser dan kenapa ahli keluarga mereka yang lain tidak dapat. Ada yang bertanya kenapa pesakit lain boleh sembuh tetapi diri mereka masih bertarung dengan kanser. Memang benar kita kena patuh dengan takdir Illahi. Segala musibah yang Allah turunkan ada hikmahnya. Kita kena bersabar atas segala ujian yang Allah beri. Sebab Allah sayang kepada kita sebab itulah dia menguji kita. Sekiranya kita sabar dan lulus ujian Allah, mungkin Dia akan naikkan darjat kita di akhirat nanti.

Untuk pengetahuan semua, setiap tubuh badan manusia mempunyai sel kanser. Sel kanser ini adalakanya hanya diam dan tidak merbahaya kepada tubuh seseorang. Tetapi kadang-kala sel kanser itu akan menjadi abnormal dan membiak menjadi satu ketumbuhan yang dipanggil tumour. Sel-sel tadi perlu membiak berjuta-juta sel untuk menjadi satu tumor yang besar.

Proses pembesaran tumor ini memakan masa lama, kadang-kala bertahun-tahun. Ramai di antara pesakit tidak tahu ada ketumbuhan dalam badan mereka sehinggalah ketumbuhan itu sudah menjadi kanser. Kadang-kadang tumour itu hanya tumour benign iaitu tidak berbahaya dan tidak merebak ke anggota badan lain. Tumour yang merebak ke lokasi anggota lain dipanggil tumour malignan. Ia sangat berbahaya dan dipanggil kanser.

Stres dan anxiety

Sekiranya tubuh seseorang itu sihat dan mempunyai sistem daya pertahanan diri (immune system) yang kuat dengan sendirinya sel kanser yang abnormal dan membiak itu, akan dimatikan oleh antibodi sistem pertahanan dalam tubuh seseorang. Ini akan berlaku tanpa kita sedari. Kanser akan terjadi apabila sistem pertahanan seseorang lemah dan gagal mengawal pembiakan sel kanser dalam tubuh.

Sistem pertahanan diri akan menjadi lemah jika kita tidak menjaga kesihatan dengan baik. Untuk menjadikan tubuh badan sihat, kita mesti melakukan gaya hidup sihat seperti:

  • Makan makanan seimbang
  • Cukup rehat dan cukup tidur
  • Selalu melakukan aktiviti senaman
  • Hidup dalam persekitaran udara bersih dan segar
  • Tidak terdedah kepada bahan kimia yang mengakibatkan kanser
  • Tidak merokok
  • Tidak minum alkohol
  • Kurangkan stres

Yang paling penting kita sebagai umat Islam melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah pinta. Perbanyakkan solat dan selalu berzikir mengingati Allah. Semua ini ada ditulis di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita lakukan apa yang Allah suruh, Insya-Allah tubuh badan kita akan sihat dan stres boleh dikawal dan sistem imun kita jadi kuat. Insya-Allah kita boleh mencegah diri kita daripada kanser.

Stres dan anxiety adalah salah satu penyebab kanser. Stres adalah tekanan emosi apabila kita di dalam keadaan tertekan dari segi emosi, mental atau fizikal. Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada stres. Kita dikelilingi pelbagai jenis stres seperti kerja, keluarga, persekitaran, kesesakan jalan-raya, anak-anak akan mengambil peperiksaan, suami curang dan sebagainya.

Anxiety pula ialah perasaan bimbang, runsing, risau, takut dan memikirkan perkara-perkara negatif. Jadi stres dan anxiety yang berterusan boleh mendorong kepada seseorang itu untuk senang untuk mendapat penyakit kanser.

Bila kita stres atau mempunyai anxiety yang tinggi, metabolism kita akan dengan sendirinya meningkat dan degupan jantung akan menjadi lebih laju daripada biasa. Bila ini berlaku, dengan sendirinya tubuh akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dalam darah. Karbon dioksida adalah berasid dan ini akan membuat tubuh kita lebih berasid. Sel kanser akan cepat membiak dalam persekitaran tubuh berasid.

Apa yang mustahak ialah kita mesti tahu bagaimana untuk mengawal dan mengurus stres. Banyak kaedah moden yang kita tahu untuk mengawal stres tapi kaedah dalam Islam sungguh mudah. Lakukan solat, berzikir, baca al-Quran dan berdoa pada Allah. Insya-Allah ini adalah terapi mengawal stres paling berkesan.

Surah untuk mengawal stres dan mententeramkan jiwa:

  • Surah Muhammad dari ayat 21 hingga 32
  • Surah Toha dari ayat 120 hingga 135

Surah permulaan untuk menangani masalah kanser:

  • Surah Al Mukminun dari ayat 91 hingga 100
  • Surah Al Hajj dari ayat 31 hingga 55
  • Surah Hud dari ayat 60 hingga 80
  • Surah An Nahli dari ayat 90 hingga 110

Ada sebanyak 60 lebih rangkaian ayat yang saya telah kenalpasti untuk mengubati pelbagai jenis kanser. Semua ini terdapat di dalam buku saya yang bertajuk “Perubatan Al Quran Rawatan Kanser” terbitan Must Read Publication yang ada di dalam pasaran sejak bulan Mac 2013. Buku ini boleh dibeli di klinik saya di Setiawangsa atau di kedai-kedai buku utama.

Ingin juga saya berkongsi cerita semasa saya mengubat di Sydney minggu lepas. Semasa saya di rumah Puan Lily, saya terpandang beberapa keratan artikel saya di akhbar Mingguan Malaysia yang dikirim oleh keluarga Puan Lily dari Malaysia. Alhamdulillah syukur kepada Allah, rupa-rupanya artikel saya jauh menjelajahi bumi Allah ini. Terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia kerana memberi peluang untuk saya berdakwah melalui media ini.

 

Posted on

Derita kencing tidak terkawal

Foto

Oleh Norainon Othman

Kebocoran kencing akibat inkontinens tekanan (stress incontinence) biasanya dialami warga tua, individu yang mengalami keadaan yang menyebabkan kenaikan tekanan terhadap pundi kencing seperti batuk kronik dan masalah sembelit, serta yang mempunyai berat badan berlebihan.

Bagi wanita, masalah ini sering dikaitkan dengan mereka yang melalui proses bersalin traumatik, melahirkan ramai zuriat dan menjalani pembedahan membuang rahim.

Lelaki jarang mengalami masalah kencing tidak terkawal. Kalau ada pun, penyakit ini biasanya dialami mereka yang selesai menjalani pembedahan prostat, radioterapi untuk kanser prostat dan yang mengalami kecederaan saraf tunjang.

Pembedahan untuk masalah prostat kadangkala boleh menyebabkan kerosakan saraf di sekeliling prostat dan menjadi punca penyakit lemah kawalan kencing.

PEMBEDAHAN prostat boleh menyebabkan kerosakan saraf dan menjadi punca penyakit lemah kawalan kencing.

Masalah ini lebih kerap berlaku dalam pembedahan kanser prostat berbanding pembedahan untuk masalah bengkak prostat.

Pakar Perunding Urologi, Dr Warren Lo Hwa Loon berkata, lelaki yang mengalami kecederaan pada saraf tunjang akibat kemalangan, penyakit atau kanser saraf tunjang, pembedahan saraf tunjang atau mereka yang dilahirkan dengan kecacatan saraf tunjang cenderung mengalami masalah kebocoran kencing.

Kebanyakan lelaki yang mengalami inkontinens tekanan akan mengadu mereka mengalami kebocoran apabila melakukan aktiviti berat, ketawa, bersin atau mencangkung. Kadangkala, inkontinens tekanan dikaitkan dengan jangkitan kuman bahagian saluran kencing, katanya.

Ia penting untuk membezakan inkontinens tekanan (stress incontinence) dengan kebocoran akibat pundi kencing yang terlalu aktif (urge incontinence) dan kebocoran akibat limpahan pundi kencing (overflow incontinence) kerana simptom dan rawatan antara masalah berkenaan begitu berbeza.

Punca kebocoran kencing:

1) Berat badan berlebihan atau usia meningkat yang menyebabkan otot pelvik lemah.

2) Pembedahan membuang prostat yang membesar, membabitkan satu hingga tiga peratus (%) kes (disebabkan kecederaan saraf pelvik yang mungkin berlaku ketika pembedahan).

3) Selepas pembedahan kanser prostat, membabitkan 3% hingga 43% (juga disebabkan kecederaan saraf pelvik).

4) Selepas radioterapi untuk kanser prostat, membabitkan 1% hingga 16%.

5) Kecederaan saraf tunjang – saraf tunjang penting untuk mengawal semua pergerakan. Kerosakan saraf tunjang mengakibatkan kegagalan mengawal pundi kencing dan masalah hilang daya kawalan kencing.

Saraf tunjang rosak bukan saja boleh mengakibatkan masalah kawalan kencing, juga menyebabkan kelemahan ereksi dan masalah buang air besar.

Masalah ini biasanya dihadapi golongan muda, misalnya yang terbabit kemalangan jalan raya dan mengalami lumpuh.

Cara pesakit dinilai:

  • Mencari punca kencing tidak terkawal.
  • Tahap kebocoran kencing (kekerapan menukar lampin dan bilangan lampin dipakai).
  • Menentukan sama ada wujud masalah kecederaan saraf tunjang.
  • Perlu menilai jika wujud kencing kotor, darah dalam kencing, kanser pundi kencing atau halangan dalam aliran pundi kencing akibat batu karang atau prostat yang besar.
  • Masalah sosial/rasa malu dihadapi disebabkan kebocoran kencing.

Masalah berkaitan kebocoran kencing:

  • Mudah mengalami jangkitan kuman. Apabila sering mengalami kebocoran kencing, pesakit akan dipakaikan lampin pakai buang. Air kencing biasanya terperap beberapa jam yang menyebabkan keadaan kotor, jangkitan kuman atau luka kulit punggung.
  • Tidak ekonomi – kos menggunakan lampin pakai buang mahal.
  • Bebanan kepada keluarga yang menjaga pesakit.
  • Bau kencing menyebabkan pesakit hilang keyakinan diri. Mereka mengelak bergaul dengan orang ramai.
  • Tidur tidak lena (perlu kerap menukar lampin).

Rawatan:

  • Rawatan kebocoran kencing dengan ubat kurang berkesan.
  • Lakukan senaman – fisioterapi untuk menguatkan otot pelvik.
  • Ramai lelaki menggunakan kaedah penile clamp (pengepit zakar) di tengah zakar bagi mengurangkan pengeluaran air kencing. Pengepit zakar boleh menyebabkan zakar melecet.
  • Kurangkan berat badan.
  • Elakkan merokok.
  • Pembedahan – jika fisioterapi tidak berkesan, kaedah lain boleh digunakan iaitu male sling (sling lelaki) dan artificial urinary sphincter (sphincter kencing tiruan)

Sling lelaki: pita dimasukkan ke dalam sekeliling saluran kencing untuk mengetatkan saluran kencing secara berterusan. Pesakit mudah menguruskan buang air kecil apabila ingin berbuat demikian. Kaedah itu boleh membetulkan anatomi pelvik lelaki ke posisi asal. Pita ini memang sesuai di dalam badan dan tidak menyebabkan sebarang masalah.

Kaedah ini sesuai untuk mereka yang mengalami kebocoran tahap ringan atau sederhana. Sekiranya seseorang mengalami kebocoran teruk seperti paip air, kaedah ini tidak sesuai.

  • Tahap kejayaan – melebihi 90%

Sphincter kencing tiruan: rangkai sentiasa dipenuhi dengan air untuk menutup saluran kencing. Apabila hendak membuang air kecil, pesakit perlu memicit pam untuk mengepam air ini ke arah takungan. Ini akan membuka saluran kencing dan membolehkan air kencing dari pundi mengalir keluar. Selepas dua minit, air dari takungan akan kembali ke rangkai dan menutup saluran kencing. Ia digunakan oleh pesakit yang mengalami kebocoran kencing yang serius.

  • Tahap kejayaan – melebihi 90%
Posted on

Risiko puasa ketika hamil

hamil ketika berpuasa

Selain wanita mengandung yang mengalami alahan kronik, terdapat beberapa faktor membuatkan ibu mengandung tidak perlu berpuasa. Antaranya ialah mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, penyakit buah pinggang dan anemia semasa mengandung.

Sesetengah penyakit seperti diabetes mellitus memerlukan pesakit mengambil ubat pada waktunya. Pesakit jantung, tumbesaran bayi yang terencat dan mengalami perdarahan semasa hamil juga tidak digalakkan berpuasa.

Begitu juga mereka yang berat badan tidak mencukupi atau tidak bertambah.

“Mereka yang tidak dapat mematuhi arahan meminum air yang mencukupi iaitu sehingga 2 liter sehari turut dinasihatkan untuk tidak berpuasa.

“Juga mereka yang tidak dapat mengambil makanan yang menyihatkan,” terangnya.

Mereka yang kekurangan air di dalam badan juga digalakkan berbuka puasa segera kerana khuatir menjejaskan kandungan.

Ia boleh dilihat daripada air kencing ibu mengandung. Jika ia sikit dan pekat seperti warna teh o, ia menunjukkan badan kekurangan air yang diperlukan.

Ujarnya, mereka diberi pilihan dan perlu mengawasi badan sendiri selain mendapat konsultasi daripada doktor.

Berjumpa dengan doktor

Tegas Dr. Nurhazinat, ibu mengandung perlu mematuhi jadual janji temu dengan doktor supaya dapat mengawasi keadaan ibu dan anak.

Terang kepada doktor sejarah penyakit selain tahap alahan agar doktor dapat menentukan mereka sesuai atau tidak untuk berpuasa.

Selain itu, doktor juga akan mengawasi saiz kandungan selain kesihatan ibu mengandung. Berat badan ibu mengandung hendaklah sentiasa menaik, jika ia tidak berubah dan menurun semasa puas, ia bukan tanda yang baik.

Jika anda tidak mempunyai tanda-tanda risiko kehamilan, dapatkan nasihat doktor cara pemakanan yang sihat untuk ibu dan kandungan.

“Ada juga kajian menunjukkan risiko bersalin awal akibat tekanan ketika puasa yang menyebabkan hormon seseorang berubah.

“Sebab itu amat penting untuk sentiasa melakukan pemeriksaan dan memberitahu doktor sebarang perubahan,” ujarnya.

Banyakkan air Terangnya, paling penting bagi ibu mengandung ialah mematuhi jumlah air yang diperlukan dalam sehari iaitu sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter.

Ini kerana air ketuban berkurangan yang disebut oligohidramnios. Walaupun berpuasa, ada cara untuk melengkapkan lapan hingga 10 gelas air dalam sehari itu.

Pastikan anda mengambil air ynag diperlukan sepanjang waktu berbuka hinggalah sahur.

“Cadangan saya, cuba minum tiga gelas air ketika berbuka, 3 gelas sebelum tidur dan tiga gelas lagi termasuk air susu sewaktu sahur,” terangnya.

Juga kurangkan aktiviti yang memenatkan ketika berpuasa seperti beriadah dan membeli-belah serta rancang jadual kerja dengan baik. Elakkan tempat yang panas supaya kurang mengalami dinyahhidratkan.

MakananKebiasaannya, makanan manis seperti kuih-muih Melayu menjadi pembuka juadah berbuka puasa membuatkan kita berasa kenyang. Namun sebenarnya makanan manis sebegitu tidak memberikan sumber tenaga dan nutrien yang mencukupi serta diperlukan.

“Makanan yang paling baik ketika berbuka puasa ialah makanan yang berprotein tinggi seperti ikan dan telur.

“Cuba kurangkan makanan manis sangat terutama ketika berbuka kerana ia akan menyebabkan paras gula naik dan kemudian turun mendadak lalu menyebabkan rasa pening.

“Selain itu, karbohidrat kompleks seperti kurma dan bijirin amat bagus untuk sahur,” terang Dr. Nurhazinat.

Makanan terbaik untuk bersahur ialah makanan yang membekalkan tenaga seperti nasi dan roti, Tambahnya, makanan tambahan yang biasa diperlukan oleh ibu mengandung perlu diamalkan dengan disiplin iaitu multivitamin dan susu.

Posted on

Ejen KH KOPI di Kota Kinabalu, Sabah


Selamat sejahtera. Jika anda mencari KH KOPI di kawasan Kota Kinabalu dan sekitar, sila hubungi Ivenna di talian 019-8822298 sekarang.

KH KOPI adalah ekstrak herba hutan yang akan menyingkirkan kotoran dalam badan seterusnya menjadikan badan bebas daripada penyakit.

Posted on

Tip payudara sihat, cantik

Foto

Oleh ZAITIE SATIBI

Payudara adalah aset wanita yang harus dijaga dan dibelai sama seperti penjagaan badan, kulit, wajah dan rambut. Malah, memiliki payudara sihat dan cantik juga idaman setiap wanita.

Mengikut Wikipedia, payudara atau buah dada ditakrifkan sebagai bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia.

Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi.

Payudara bagi seorang wanita juga mula berkembang selepas baligh. Namun, sedalam mana pengetahuan anda mengenai penjagaan payudara yang betul?
Ini kerana sebagai aset penting pada tubuh, payudara juga harus diberi perhatian bagi mengurangkan risiko terkena penyakit, terutama kanser yang boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Penjagaan payudara yang betul dapat mengurangkan risiko anggota berkenaan hilang keanjalan, mengendur dan kekeringan kerana kulit sekitar payudara sensitif dan nipis.

Kulit pada kawasan sekitar areola (puting susu) pula sangat lembut dan sensitif kerana di sini urat saraf berkumpul.

Perunding Pakar Bedah Payudara Pusat Penjagaan Payudara, Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), Dr Azlina Firzah Abdul Aziz berkata, penjagaan payudara berbeza daripada penjagaan bahagian lain tubuh.

Malah, katanya, penjagaan payudara juga sepatutnya bermula pada peringkat lebih awal, mungkin seawal anak gadis berumur lapan atau sembilan tahun. Gadis pada peringkat umur ini, bentuk tubuhnya mula mengalami perubahan. Kawasan payudaranya semakin membesar, manakala kawasan gelap di sekeliling puting membengkak. Jisim payudara pula lebih membulat serta menjadi padat dan berat.

Ketika ini, ibu bapa atau guru perlu memainkan peranan apabila mereka sewajarnya menjelaskan mengenai penjagaan payudara dan mendidik anak gadis menjaga payudara.

Seseorang ibu juga tidak sepatutnya mengelak berbicara mengenai topik ini kerana mereka paling berhak memberi pemahaman jelas kepada anak gadis, katanya.

Menurutnya, pemakaian baju dalam atau coli untuk anak gadis yang mengalami pembesaran payudara adalah penjagaan awal anggota itu berikutan pemakaian coli yang tidak sesuai bukan saja menyebabkan ketidakselesaan, malah menyakitkan.

Ia juga menyebabkan payudara hilang ketegangan kerana coli tidak dapat menampung saiz dan berat payudara. Semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya menyebabkan payudara jatuh atau kurang menarik. Lebih buruk, terkena penyakit berbahaya.

Ada juga wanita dewasa masih tidak tahu memilih coli sesuai untuk payudara. Lima daripada 10 pesakit wanita yang datang menemui saya bagi memeriksa payudara mereka selepas mengadu sakit di bahagian anggota itu didapati salah memakai coli.

Wanita terbabit didapati memakai coli yang tidak sepadan dengan saiz payudara seperti tali tipis atau mangkuk coli terlalu kecil untuk payudara bersaiz besar.

Ini menyebabkan payudara lemas dan terjerut kerana coli dipakai terlalu ketat menyebabkan kawasan sekitar anggota itu mengalami tekanan.

Kejahilan ini disebabkan wanita terbabit tidak mendapat pendedahan mengenai penjagaan payudara ketika peringkat kanak-kanak, katanya.

Bilakah masanya memperkenalkan coli kepada anak gadis? Kebanyakan anak gadis mula mengalami pembesaran payudara dalam lingkungan umur lapan hingga 10 tahun. Pembesaran itu menjadi lebih ketara pada usia 10 hingga 12 tahun. Inilah masa sesuai untuk memperkenalkannya kepada anak.

Dr Azlina berkata, kebanyakan gadis sunti ketika usia awal baligh, malu bertanya mengenai penggunaan coli. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu memberi perhatian dan memahami setiap perubahan dialami anak gadis mereka.

Jika anak malu menyatakan perubahan pada dirinya, apakah soalan yang boleh ditanya ibu supaya perubahan ini difahami dengan lebih jelas? Ibu boleh mengadakan perbincangan tidak formal dalam perbualan harian bersama anak gadis dari semasa ke semasa dan bukan selepas mereka mengalami haid pertama.

Jika perubahan sudah ada, anda hendaklah membelikan coli atau membawa anak gadis ke kedai menjual pakaian dalam, katanya.

Cara memilih coli pertama untuk anak gadis juga perlu betul iaitu mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payudara dan ukuran lilit payudara. Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai bukan saja tidak menyenangkan, malah mungkin merimaskan.

Ibu boleh membawa pita pengukur sendiri ketika membeli coli pertama untuk anak gadis jika kedai tidak menyediakan pita pengukur. Dapatkan bantuan jurujual untuk mendapatkan ukuran tepat dan galakkan anak gadis supaya jangan takut mencuba pelbagai coli dan pilih mana dirasakan sesuai dan selesa, katanya.

Beliau berkata, tiada makanan khusus untuk penjagaan payudara melainkan pemakanan seimbang dan urutan atau aktiviti senaman untuk kesihatan anggota itu. Wanita juga perlu mengambil kira perkembangan payudara mereka dari semasa ke semasa.

Yang boleh dilakukan adalah membuat pemeriksaan kendiri payudara (BSE) sebulan sekali atau pada hari ketujuh hingga 10 dari hari pertama datang haid. Caranya, berdiri di depan cermin dan angkat sebelah tangan. Menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payudara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara sebelah kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan. Periksa perubahan saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada wujud kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam. Perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika ada lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan itu kelihatan jernih atau mengandungi darah. Segera dapatkan nasihat doktor jika ada keganjilan pada payudara seperti gumpalan, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit, puting tertarik ke dalam serta rasa sakit pada payudara, katanya. Dr Azlina berkata, mereka yang ingin mendapatkan pemeriksaan lanjut payudara boleh mengunjungi Pusat Penjagaan Payudara HPKL yang direka khusus untuk wanita dan menyediakan penjagaan payudara khas, termasuk pengurusan penyakit.

Dengan pendekatan holistik, pusat itu mempunyai matlamat jelas untuk menangani semua aspek masalah berkaitan payudara dan bagaimana ia memberi kesan kepada masyarakat, kesedaran kanser dan pendidikan, pemeriksaan dan pengesanan, rawatan dan penjagaan untuk memberi sokongan rawatan untuk pesakit kanser payudara. Pusat ini beroperasi dengan kerjasama hospital dengan menawarkan prosedur diagnostik berpiawaian tinggi dan rawatan berdasarkan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang rawatan payudara, terutama kanser payudara.

Bagi membantu pemeriksaan dan pengesanan, pusat ini dilengkapi mesin penuh Field Digital Mamografi (FFDM) yang meningkatkan keupayaan pusat dalam menyediakan pakar bedah payudara dengan alat yang perlu untuk membolehkan hasil pemeriksaan lebih baik bagi pesakit. Selain mamografi saringan, FFDM membolehkan pusat ini menawarkan biopsi Stereotactic. Ini satu kaedah biopsi khusus untuk mamografi keabnormalan dikesan. FFDM ini menghasilkan keputusan biopsi tepat berbanding kaedah biopsi sebelumnya.

Namun, pusat ini turut menawarkan kaedah diagnostik dan pelbagai pemeriksaan lain seperti ultrasound, jarum halus aspirasi sitologi, aspirasi sista dan pemetaan nod Sentinel berpandu.

Kami juga menyediakan khidmat kaunseling oleh kaunselor terlatih mengenai penjagaan payudara, katanya.